ShoutMix chat widget

Monday

Original atau Tiruan

Lewat petang semalam, saya keluar jalan-jalan... tak tahu nak kemana... cuaca pun panas...
kebetulan pulak ada pasar malam... singgah sebentar... beli burger oblong.. keluaran bumiputra yang ala-ala prosperity burger mcD.... murah jer... harga 3 inggit ... kalau nak tahu burger ni amat popular dikawasan utara...
(ehemmm.. saya baru tahu dan baru nak merasa)... serta secawan jagung...

Dengan keadaan cuaca yang panas tu... terasa pulak nak makan roti canai... dah lama dah tak makan... ada kut dekat 3 bulan...
Oooo... sedap betul... roti yang garing dicicah dengan kari mamak... laju la saya makan...
Lepas makan... cuaca masih lagi panas... tak bes la.. kalau nak lepak kat taman... mau melekit satu badan... bau tok sah nak cakap nooo...

Masuk dalam kete baru rasa sejuk.. kena angin aircon... Tak tahu nak kemana... pusing- pusing jer... ke Semenyih..Bangi.. banyak pulak kete polis duk meronda... hai polis.. polis... ada susah.. tak da lagik susah! Sekatan JPJ pun ada jugak!

Sampai Bangi.. singgah kat satu kedai pakaian... cam besss jer... macam-macam ada... yang menarik perhatian saya...ada jual minyak wangi tiruan jenama terkemuka... memang nampak sebijik serupa... dari segi bentuk botol, bau dan jenama....Memang susah nak bezakan... nak-nak orang yang tak berpengalaman macam saya ni...

Nampak botol cantik jer... maka saya pun ambik 2 botol... total 30 inggit..

Yang satu ni... memang sah la tiruan... nama dier COCO DE MADAMEMOISELLE.. BY CHANCE made in Indonesia...





Dan yang satu lagi... susah sikit nak bezakan dari segi bau, botol, kotak dan ejaan... memang sebijik semacam yang original...ANGE OU DEMON BY GIVENCHY made in France...




(Kerana kebetulan.. hari tu masa kat Isetan... diorang tengah promote jenama ni... sempat juga saya cuba... harga lebih kurang 300 inggit untuk 100 ml...)


Jadi untuk memuaskan hati saya... saya cari rujukan di internet...Dan hasilnya... mengikut panduan yang diberikan... saya dapat mengenalpasti akan ketiruan tersebut....
Terdapat gelembung-gelembung kecil pada kaca botol dan keadaan kepala penyembur yang kurang kemas..bau jugak tidak tahan lama...


Info Mengenai Minyak wangi.

Beberapa semakan untuk mengesahkan ketulenan minyak wangi. Antaranya adalah:
  1. Kod Bar.
  2. Batch Number.
  3. Label pada keseluruhan botol.
  4. Mengesahkan sumber bekalan yang diperolehi. Negara asal pengeluaran.
  5. Percetakan. Semakan untuk penerangan bercetak pada kotak. Saiz tulisan,ejaan, logo, dan cap dagang.
  6. Cara pembungkusan/balutan. Melihat pada kualiti, ketebalan kertas, dan kejelasan cetakan pada tulisan.
  7. Luaran kotak. Kualiti bahan yang digunakan, warna, ketebalan, kesan lipatan dan segi-segi pada kotak
  8. Dalaman kotak. Warna dan saiz bahan yang digunakan.
  9. Bentuk botol. Ketinggian dan kelebaran bentuk asal dan rekabentuk.
  10. Kaca botol. Ketebalan kaca botol dan gelembung udara dalam kaca.
  11. Kepala penyembur. Warna material dan kelancaran ia beroperasi.
  12. Tiub Dalam Penyembur. ketebalan, panjang dan warna.
  13. Warna, kepekatan dan Keharuman minyak wangi.
  14. Ketahanan haruman mengikut jenis minyak wangi.
  15. Kesan pada kulit.


Jenis-jenis Minyak Wangian

Minyak wangi diketegorikan pada 4 jenis mengikut kepekatan dan ketahannya. Semakin pekat minyak wangi tersebut maka semakin lama ia dapat bertahan.

Eau de Cologne
  • Kepekatan paling rendah.
  • Wangian yang ringan.
  • Kekal sehingga 1-2 jam.
  • Sesuai untuk kegunaan harian.

Eau de Toilette
  • Kurang pekat.
  • Wangian yang separa ringan.
  • Kekal sehingga 2-3 jam.
  • Juga sesuai untuk kegunaan harian dan jamuan ringan.

Eau de Parfum
  • Kepekatan kedua tertinggi.
  • Kekal sehingga 3-5 jam.
  • Sesuai untuk kemajlis formal dan makan malam.

Parfum
  • Paling pekat.
  • Wangian yang kuat dan tahan lama.
  • Kekal sehingga 5 jam ke atas.
  • Mahal dan penggunaan yang sedikit.

Bahagian badan yang efektif untuk penggunaan minyak wangi.
  • Belakang telinga
  • Leher
  • Lurah dada
  • siku
  • Pergelangan tangan
  • Hujung jari
  • Paha
  • Belakang lutut
  • Buku lali

Untuk mengekalkan wangian lebih lama adalah dengan melapiskan wangian tersebut. Gunakan keseluruhan rangkaian wangian tersebut.
  1. semburkan Body Spray ke seluruh badan selepas mandi.
  2. Selepas itu, gunakan deodoran untuk mencegah bau badan.
  3. Sapukan Perfumed Skin Softener atau Body Lotion untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan halus.
  4. Kemudian baru semburkan wangian pada bahagian badan yang efektif/denyutan nadi.
  5. Setelah beberapa jam, sapukan Purse Concentre pada pergelangan tangan dan leher.


5 comments:

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

givenchy tu kalau skali pndang mesti igt yg ori..
kadang2 ade yg ori tp botol die je yg kne reject,but still arge ratus2 gak..alahai..lemah smgat nk beli,ade yg fake or inspirednye perfume pun dah kire ok,ori tak ori belakang cite kan sis,jnji WANGIIII!yeahhh!

aleena said...

hye there..
bagos2 n3 nie..
later bley tau fake ke ori perfume tue:)

Dba Ghani said...

haa.
aku stuju kata aina.
heheee

betui2

fq said...

wah2....
bgus btl la entri ni....
bnyk bnda ley tau dr sni...
thnks eida...

Anonymous said...

kalau nak pikir janji wangi je,pakai je minyak attar...beli mahal2 buat pe kalau tiruan...baik beli kat pasal malam je...dah confirm ciplak punya parfume...