Sayur kegemaran saya... menu makan untuk tengahari..
Info mengenai sayur bayam
Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya.
Sayuran berdaun hijau ini adalah sumber lutein dan folate yang hebat, yang membantu mencegah penyakit jantung dan bayi lahir cacat.
Juga memiliki khasiat untuk mencegah hilangnya penglihatan akibat usia yang tua (macular degeneration), katarak, penyakit kanser dan tekanan darah tinggi.
Selain itu sayur bayam memberikan zat besi pencegah anemia,namun zat besi di dalam bayam tidak mudah diserap. Tingkatkan penyerapan tubuh terhadap mineral ini dengan memasak bayam bersama dengan sayuran lain yang kaya akan vitamin C.
Manakala jus bayam pula, mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti anemia sejenis penyakit kurang darah. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengandengan segelas air dan diminum dua kali sehari.
Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan. Jus bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi secukupnya untuk menambah tenaga mereka kerana jus bayam mengandungi asid aksalik dan penambahan jus-jus lain dapat mengatasi kesan-kesan keasidannya.
Bayam yang dibekukan baik untuk campuran sup, atau pasta. Gunakan bayam segar untuk campuran salad, sandwich, ditumis, atau masak air.
2 comments:
bro pun minat makan bayam... lg2 klu bro yg masakan
Bagus sayur bayam ni untuk kesihatan..Kalau makan banyak2 boleh jadi kuat macam popeye hehe :P
Post a Comment