ShoutMix chat widget

Tuesday

Tag 10 & 10

Jawapan tag dari Huda adalah seperti berikut:



10 perkara tentang Huda
  1. Buah hati dia bernama Shafirul Azmie.
  2. Pemikiranya selalu di awangan.. ni mesti kuat berangan!
  3. Suka makan nasik lemak, mocha blended, ayam goreng, cokelat, sizzling mee.. jadik jangan ada sesiapa suruh dia pantang akan makanan itu.. mesti dia langgar pantang!
  4. Tak tahu nak bajet sopping.. banyak mana ada.. semua dia perabis.
  5. Suka kumpul duit syiling... ini adalah amalan yang baik.. sikit-sikit.. lama-lama jadi bukit!
  6. Suka akan warna cokelat, puteh, itam, pink n pepel.
  7. Suka tengok citer antu tapi penakut antu dan jugak takut gelap.
  8. Suka beli majalah remaja.. walaupun tak terbaca..
  9. Suka nanggis..aka cepat nanggis.. jugak moody. Mudah terguris.
  10. Cita-cita nak jadi nurse.. tapi sudah beralih arah. Sekarang belajar course lain dan berazam sampai PhD.

10 perkara tentang aku

  1. Seorang yang biasa saja.
  2. Sentiasa cuba menyesuaikan diri dengan keadaan.
  3. Kadang-kadang aku moody.
  4. Kalau marah aku diam.
  5. Selalu makan tak ikut waktu.
  6. Suka tengok movie tapi kat umah jer.
  7. Suka jalan-jalan.. dekat pun tak pa.
  8. Suka tengok kucing makan.
  9. Tak suka baca buku/majalah dalam kereta.
  10. Kalau panas.. cepat sakit kepala.
Malas nak tag orang.. jadi aku tag 10 kucing itu.

3 comments:

♥.misz luna.™ said...

huhu...tq eida...



mwahx!

jasa mu di kenang!

en_me said...

cepat sakit kepala kalo panas - migrain tewww..

Ungku Nor said...

fuhhh..selamat tak kena tag..hahaha ;p