ShoutMix chat widget

Wednesday

Panduan membeli kasut

Kasut dengan wanita, memang sudah tidak dapat dipisahkan. Setiap kali keluar bershopping, mesti masuk kedai kasut. Walupun sekadar menjamu mata atau mencuba sepasang dua... contoh terdekat aku la tu...

Apa guna kalau beli kasut yang mahal lagi cantik dipandangan mata tetapi kaki terpaksa menahan azab kesakitan. Berjalan sikit sudah melecet kaki, bengkak mengelembung ada air bisa. Untuk pengetahuan, aku terkecuali dari keadaan ini.

Sebenarnya niat dihati nak jugak beli sepasang kasut baru. Kasut raya hari tu, sudah tercabut tumit sebab terlalu giat bermarathon masa kat kampung.

Entri ini sekadar untuk berkongsi pengetahuan bersama.

Pengetahuan asas yang boleh dijadikan panduan ketika memilih/membeli kasut.

1.Elakkan memilih kasut bertumit terlalu tinggi.Kerana
*Dapat menjejaskan kesihatan tulang belakang.
*Memberi kesan buruk pada tumit kaki.
Untuk mengelak tumit dari pecah dan merekah, pemilihan tumit yang ideal adalah 2 1/2 inci hingga 3 inci.

Jika ingin juga memakai kasut bertumit tinggi, pastikan anda memakainya tidak melebihi 6 jam sehari. Sediakan sandal leper atau selipar untuk kegunaaan dipejabat dan ketika memandu.

2. Pemilihan kasut bertali.
* Pastikan ketika memakai kasut bertali, tiada satu pun jari kaki yang terkeluar di antara tali terutamanya jari paling kecil.

3. Pemilihan kasut bertutup penuh.
* Pilih satu saiz lebih besar dari saiz yang selalu dipakai.
* Cuba berjalan dulu sebelum membeli bagi memastikan keselesaannya dengan kaki.

Bagi wanita yang mempunyai kaki berbentuk lebar mereka perlu memilih kasut dengan bukaan depan yang lebar. Manakala bagi wanita yang mempunyai masalah gerbang kaki(arch) tinggi, mereka ini disarankan supaya tidak memakai kasut bertumit tinggi kerana ia akan memberi kesan pada tulang.


Untuk bacaan sila klik pada gambar



INFO

Jenis kasut dan fungsi


Kasut sandal tumit tinggi



Ia boleh dipakai siang dan malam. Kegunaannya boleh dibezakan mengikut material yang digunakan. Satin, sutera atau material polos dikategorikan sebagai 'evening shoes', kulit dan PU untuk kegunaan harian.


Kasut bertutup (court shoes)




Ia biasanya lebih sesuai digayakan untuk ke pejabat. Selain kelihatan formal ia juga boleh menyerlahkan keyakinan pemakai.


Peep-toe




Ia bersifat dua fungsi. Sesuai untuk ke pejabat dan boleh juga dikenakan ketika bersantai.


Kasut tapak rata
(flat)




Kasut ini lebih sesuai untuk bersantai dan ia juga digemari remaja kerana memudahkan pergerakan selain sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis baju.


Ballerina, flat court shoes




Kasut jenis ini menyerlahkan keremajaan pemakai. Ia juga tidak terlalu menyerlah kerana rekaannya lebih ringkas dan sederhana.


Kasut baji (wedge)





Ia sesuai untuk dikenakan mereka yang banyak berjalan. Tidak sesuai untuk dipakai ketika menghadiri majlis formal. Ia juga selesa kerana mempunyai tumit penuh yang boleh menampung berat badan.


Platform





Mereka yang suka kasut bertumit tinggi digalakkan mencuba kasut jenis ini. Lapisan tambahan di bahagian hadapan kasut menjadikan ia lebih seimbang dengan ketinggian tumit kasut. Jadi risiko untuk tergelincir adalah kurang.


Sumber Rujukan Berita Harian
Photo dari Abg Gogel

10 comments:

Ungku Nor said...

slipar jepun jer dah la..hehehehe

~Eila @ Along~ said...

eila suke pakai court shoes..kalo p jln2..lebih suke sneakers..

*secret said...

pakai flat bes tp tak seksi..
ekekekeke..

Mohd Kamal said...

untung jadi orang lelaki...
x payah nk pening² kepala nk beli kasut!!

[S]itie [B]Um [B]Um said...

fuh..informatif sungguh!!

A t i Q a h said...

Wow. Sangat berinformasi entri ni. Thanks Eida. =)

Eida said...

ungku nor
hehehe... tu pun bedal jugak..

~eila @ along~
ooo... eida pulak suka semua... kecuali yang bertali seksi... rimas.. nanti nampak belang...

*secret
betul2... sokong...
pakai flat rasa macam nak pi test drive jerr..

Eida said...

mohd kamal
yer ker? Fuh rugi tau... macam2 style ada...
mana pening... geramm jerrr...

[s]itie [b]um [b]um
mekasih...

a t i q a h
sama2..

Kaka said...

woww keren2
http://asephd.co.cc

sweethOneY said...

ohhh i LOVEEEEEE high heels!!

hihi

especially yg peep toe, wedges ngan platform =D

eh, jom shopping kasut!