ShoutMix chat widget

Sunday

Lirik Lagu-lagu Kebangsaan Negeri

Lagu Negeri Perlis

Amin amin ya Rabaljalil
Doa hamba yang sangat zalil
Kekalkan daulat serta adil
Bagi perintah Jamalullail






Lambang Negeri Perlis







Lagu Negeri Kedah

Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta,
Memelihara ugama Nabi kita,
Negeri Kedah serata-rata






Lambang Negeri Kedah






Lagu Pulau Pinang

Untuk Negeri Kita

Selamat Tuhan kurniakan
Selamat Pulau Pinang
Negeri ku yang mulia

Ku taat dan setia
Aman dan bahagia
Majulah jayalah

Negeri ku yang ku cinta
Bersatu dan bersama
Untuk negeri kita






Lambang Negeri Pulau Pinang








Lagu Negeri Perak

Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan

Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang saleh Allah kurniakan

Allah berkati Perak Darul Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan






Lambang Negeri Perak









Lagu Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia,
Selamat diatas taktha,

Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu,
Bawah duli Tuanku,

Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia..






Lambang Negeri Selangor









Negeri Sembilan

Berkatlah Yang Di Pertuan Besar
Di Negeri Sembilan

Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa

Berkatlah Yang Dipertuan Besar
Di Negeri Sembilan






Lambang Negeri Sembilan










Lagu Negeri Melaka Melaka Maju Jaya

Melaka Negeri Bersejarah
Tempat tumpah darah kita
Dijunjung dengan sepenuh jiwa
Untuk maju dan jaya

Rakyat Melaka sudah bersatu padu
Berikrar taat setia
Jujur berkhidmat setiap masa
Melaka maju jaya






Lambang Negeri Melaka







Lagu Negeri Kelantan

Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami

Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan






Lambang Negeri Kelantan







Lagu Negeri Terangganu Selamat Sultan

Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan

Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman






Lambang Negeri Terenganu








Lagu Negeri Pahang

Ya Allah Yang Masa Kuasa
Lanjutkan Usia Kebawah
Duli Yang Maha Mulia

Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan Bahagia Sentiasa

Ya Allah Selamatkan
Duli Tuanku Raja Kami






Lambang Negeri Pahang








Lagu Negeri Johor

Allah selamatkan Sultan
Anugerahkan dia
Segala kehormatan
Sihat dan ria

Kekal dan makmur
Luaskan kuasa
Naungkan kami

Rakyat dipimpini bersama lagi
Dengan Merdeka Baru bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan






Lambang Negeri Johor









Lagu Negeri Sarawak

Ibu Pertiwiku

Sarawak tanah airku
Negeriku tanah airku Sarawak
Engkaulah tanah pusakaku
Tanah tumpah darahku
Ibu pertiwiku

Rakyat hidup mesra dan bahagia
Muhibbah sentiasa
Bersatu berusaha berbakti
Untuk Sarawakku cintai

Sarawak dalam Malaysia
Aman makmur rahmat Tuhan Maha Esa
Kekal lah Sarawak bertuah
Teras perjuangan rakyat
Berjaya berdaulat






Lambang Negeri Sarawak










Lagu Negeri Sabah

Tanah Airku

Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.

Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka






Lambang Negeri Sabah







Wilayah Persekutuan kuala Lumpur





Wilayah Persekutuan Putrajaya






Wilayah Persekutuan Labuan





5 comments:

Mohd Kamal said...

hehe..tahu ker nk nyanyi mcm ner??

13may said...

waaa....cek org mana??? hehhe hehhe

Eida said...

Mohd kamal

hehehee.. tak tahu..
buat2 tahu..

13may
emmm... chek ni org kacukan
kedan n paris kayangan...

Mohd Kamal said...

selamat berpose..

syam said...

m'mm... nak cilok sikit lagu neceri chek..