ShoutMix chat widget
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Thursday

Histeria di SMK Tanjung Lumpur Kuantan

Sekarang ni, kecoh mengenai isu kerasukan dan histeria di SMK Tanjung Lumpur Kuantan. Sebenarnya kes histeria ni dah lama berlaku, dalam 3 bulan yang lepas. Pelbagai usaha dilakukan untuk membersihkan kawasan tu dari gangguan makhluk halus. Tapi semuanya tidak berhasil malahan kejadian histerias semakin menjadi-jadi.


Pelajar yang terkena histeria akan menjerit-jerit, bertutur dengan nada keras, meracau secara tiba-tiba, mengadu sakit sendi, berjalan terbongkok-bongkok seperti orang tua yang uzur, berjalan terhoyang-hayang lalu rebah di lantai dan meronta-ronta seperti dirasuk.


Pelajar tersebut mendakwa mereka nampak makhluk gerun seperti monyet besar yang mempunyai sebelah tangan yang yang panjang, makhluk berbulu lebat, kanak-kanak kecil berkulit hitam legam dan bermacam-macam lagi jenis rupabentuk makhluk halus yang amat menakutkan.






Untuk bacaan selanjutnya

Bila 'hijab' mata dibuka

'Saya nampak nenek kebayan'

Terus diserang histeria

Antara logik dan mistik


Mangsa histeria guna pisau


Histeria di SMK Tanjung Lumpur terus jadi misteri


Cabaran merawat histeria


Terkini


Histeria SMK Tanjung Lumpur semakin teruk

Mangsa histeria keluar suara garau



Eeee.. seram nyer... bila baca cerita-cerita tu...


Pernah jugak masa sekolah dulu, ada pelajar kat sekolah aku kena histeria... tiba-tiba aje dia duk berguling atas lantai.. muka nampak lain macam jer.. menakutkan. Ingatkan dah terkena sampuk, rupa-rupa nyer budak tu ada penyakit sawan.


Tu pun dah nampak menakutkan.. inikan pulak kes yang terkena sampuk dek makhluk halus... eee.. lagi la serammm!